Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)?

Dapatkan Modul Latihan UKKM untuk ulang kaji persediaan ujian!

Ibu bapa sekalian,

Setiap permohonan kemasukan MRSM akan disaring melalui pencapaian UKKM. Semakin tinggi markah dicapai, semakin cerah peluang.

Kekosongan hanya sekitar 8,679 tempat berbanding lebih 104,000 permohonan diterima bagi pengambilan MRSM 2024.

Andaikan 2 murid terbaik daripada 7,780 buah sekolah rendah seluruh Malaysia memohon MRSM maka, MARA sudah ada 15,560 calon yang hebat!

Hanya yang memperolehi markah UKKM tertinggi sahaja bakal mengisi tempat.

Uji tahap penguasaan anak anda dengan 1,000 contoh soalan Simulasi Sebelum menduduki ujian sebenar!

Modul Latihan UKKM merupakan set-set contoh soalan persediaan UKKM untuk subjek Keperibadian, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Contoh soalan yang disediakan adalah berbentuk ujian online, diakses melalui web portal dan murid boleh mengulangi (menjawab) soalan ujian berkali-kali.

Ia seakan simulasi untuk mendedahkan kepada calon konsep dan bentuk soalan UKKM sebelum ujian sebenar.

Bagaimana murid dibantu?

Jimat masa!

Contoh soalan digubal mengikut format UKKM yang sebenar supaya murid dapat mulakan ulang kaji segera. Tak perlu cari soalan latihan Topikal / PT3.

Mesra aliran!

Disusun berdasarkan aliran Premier, IGCSE, Ulul Albab & Teknikal agar murid dapat fokus kepada persediaan mengikut aliran sekolah yang dipohon.

Lebih konfiden!

Dapat mengurangkan rasa gugup atau panik kerana murid telah mendapat gambaran awal konsep dan bentuk soalan. Tahu apa nak jawab.

Lebih fokus!

Soalan buku teks atau buka latih tubi boleh anda gunakan tapi contoh soalan yang direka khusus untuk UKKM lebih praktikal agar anda tak lari fokus.

Apa kandungan modul?

Setiap murid akan diberikan akses sebuah portal web yang mengandungi sehingga 1,000 contoh soalan ulang kaji termasuk persediaan untuk modul untuk persediaan IGCSE, Ulul Albab dan Teknikal.

 Kandungan modul seperti berikut…

modul ukkm

Modul UKKM + IGCSE

Modul UKKM + Ulul Albab

Modul UKKM + Teknikal

Apa kata ibu bapa murid?

Calon yang menduduki ujian adalah murid yang berpotensi. Mereka hanya perlukan bantuan ulang kaji yang terbukti berjaya membantu calon sebelum ini. Ini antara maklum balas mereka…

Mengenai penulis...

Cikgu Hasnol & Mazlina merupakan pengasas portal Akademi Intan Payung, sebuah portal pembelajaran online dengan pengguna aktif melebihi 1,000 murid setiap tahun. Mereka juga adalah penulis dan penggubal kertas peperiksaan daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 3 untuk subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan English. Antara modul popular beliau adalah Modul Persediaan UKM1, UKM2 & UKM3, Modul Persediaan PKSK/UKKM dan Modul Persediaan UPKK yang telah dimanfaatkan oleh ramai murid yang bercita-cita ingin memasuki Permata Pintar, SBP dan MRSM.

Cikgu Hasnol

Cikgu Mazlina

Cara melanggan modul?

Persediaan Ulang Kaji UKKM Tahun 6 (kemasukan Tingkatan 1) mengandungi persediaan 1 hingga 5 yang meliputi topik subjek Tahap II (Tahun 4-6). Anda boleh pilih salah satu persediaan secara bundle berdasarkan bilangan soalan. Pembelian boleh dibuat menggunakan FPX Billplz melalui laman web ini.

soalan lazim

Tiada siapa pernah melihat soalan UKKM kecuali calon yang menduduki ujian dan pihak penggubal soalan ujian tersebut. Contoh soalan simulasi UKKM adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan analisis guru yang membina item ini serta maklum balas calon-calon UKKM sebelum ini.

Untuk memberi pengalaman menjawab soalan ujian secara online dan mengurangkan perasaan panik atau gugup apabila berhadapan ujian sebenar sambil mengembangkan kemahiran menjawab soalan itu sendiri.